#

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐠𝐫𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧𝐬 (𝐒𝐏𝐈𝐍𝐄) 𝐝𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 (𝐊𝐏𝐊𝐓)

08 Jul 2026
Putrajaya, 8 Julai 2026 - Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Pelaksanaan sesi dimulakan dengan majlis pembukaan yang disempurnakan oleh Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama warga Unit Integriti KPKT. Seterusnya, sesi diteruskan dengan semakan dokumen, konsultasi dan perbincangan bersama barisan konsultan penilai Institut Integriti Malaysia (IIM).

Melalui sesi ini, dapatan semakan serta syor penambahbaikan yang dikenal pasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada KPKT dalam memperkukuh mutu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti, sejajar dengan komitmen ke arah tadbir urus sektor awam yang lebih mantap dan berimpak.

Sesi ini dikendalikan oleh barisan konsultan penilai IIM yang diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif, bersama En. Muhammad Rasyid bin Mohammad Rohim dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi. Sesi semakan dan konsultasi lapangan ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Nasir bin Ahmad Tajudin, Ketua Unit Integriti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama seluruh warga Unit Integriti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).