#

𝗪𝗲𝗯𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘: 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝘀 (𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘) 𝗸𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟮!

21 May 2026
Institut Integriti Malaysia (IIM) menjemput Ketua Unit Integriti (KUI) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pegawai berkaitan untuk menyertai webinar yang memberi fokus kepada pelaksanaan SPINE dalam sektor awam.

Dalam sesi ini nanti, IIM akan memberi pendedahan ringkas, jelas dan praktikal berkaitan pelaksanaan SPINE selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2025, khususnya dalam memperkukuh pengurusan integriti, governans dan antirasuah di organisasi awam.

Tarikh: 3 Jun 2026 / Rabu
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Penyertaan: Percuma
Penceramah: En. Meor Shahram Faiz Mieor Shariman, Timbalan Pengarah PISPA, IIM

Jangan lepaskan peluang untuk memahami hala tuju pelaksanaan SPINE dan peranan penting PBT khasnya dalam membina organisasi awam yang lebih berintegriti, telus dan berdaya tahan.

𝗗𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗤𝗥 𝗖𝗼𝗱𝗲 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗵𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮.

Pertanyaan lanjut:
En. Muhammad Rasyid: 017-3373532
En. Nabil Eiman: 019-9544505