#

Sesi Penilaian Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Bersama-sama Unit Integriti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

28 Jun 2026
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menjadi agensi kedua di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) pada 28 Jun 2026. Sesi ini berlangsung di Ibu Pejabat MADA, Alor Setar, Kedah. Sesi penilaian ini diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Kerjasama penuh daripada para pegawai Unit Integriti MADA, terutama Ketua Unit Integriti, Puan Aimi Shafah binti Ibrahim, membantu melancarkan sesi penilaian ini. Dokumen-dokumen yang disusun kemas berdasarkan elemen-elemen di dalam sistem SPINE memudahkan lagi tugasan para konsultan menyemak dan menilai dokumen tersebut.

Setiap pertanyaan berkaitan elemen-elemen tertentu telah dijawab dengan telus dan temubual bersama para pegawai Unit Integriti dan beberapa orang pegawai MADA memberi peluang kepada para konsultan untuk membantu pihak MADA melaksanakan penambahbaikan bagi elemen-elemen tersebut. Adalah diharapkan penambahbaikan yang dicadangkan akan dilaksanakan oleh pihak MADA dalam membantu meningkatkan lagi integriti dan tadbir urus yang baik di pihak MADA.