#

𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗚𝗼𝘃𝗲𝗿𝗻𝗮𝗻𝘀 (𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘) 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝟰/ 𝟮𝟬𝟮𝟰.

23 Dec 2024
Institut Integriti Malaysia(IIM) telah mengadakan bengkel pembangunan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) Siri 4/ 2024.

SPINE adalah satu inisiatif baharu yang dibangunkan berasaskan kepada standard terbaik berkaitan integriti dan governans, sebagai usaha untuk membantu memartabatkan agenda integriti dan governans dalam kalangan sektor awam.

Bengkel kali ini diadakan selepas pelaksanaan Projek rintis SPINE dengan beberapa agensi penguatkuasa bagi memantapkan soal selidik berdasarkan dapatan kajian projek rintis tersebut.

Projek rintis SPINE kedua akan diadakan pada bulan Januari 2025 melibatkan agensi-agensi yang tidak melaksanakan ABMS.