#

𝗣𝗦𝗨𝗞𝗡𝗦 𝗣𝗲𝗹𝗼𝗽𝗼𝗿𝗶 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗠𝗮𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘.

04 Jun 2025

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (PSUKNS) terus memperkukuh komitmen terhadap integriti dan tadbir urus cemerlang dengan menyertai projek perintis Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) yang dikendalikan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).

Inisiatif ini dimulakan dengan penilaian kendiri dan diteruskan dengan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan pada 4 Jun 2025, menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh kecekapan organisasi dalam kerangka pengurusan perkhidmatan dan pembangunan yang mampan.

Melalui pelaksanaan SPINE, PSUKNS bukan sahaja menyusun semula proses kerja secara sistematik dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan berasaskan keperluan rakyat. Langkah ini turut memperkukuh keyakinan awam terhadap integriti institusi kerajaan negeri.

Menerajui agenda transformasi perkhidmatan awam di peringkat negeri, penyertaan aktif PSUKNS mencerminkan iltizam tinggi dalam mentransformasi perkhidmatan awam negeri, bukan sekadar memperkukuh struktur kawal selia dan pemantauan, malah mengangkat semangat penambahbaikan berterusan sejajar dengan keperluan semasa. Pendekatan ini mendokong Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta menyumbang ke arah peningkatan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033.

Sesi konsultasi lapangan telah diketuai oleh Abdul Rahman Abdullah dan Muhammad Khairul Azmir Mohd Paiz selaku konsultan IIM, bersama Nabil Eiman Azman sebagai pemerhati.