𝗝𝗔𝗡 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗦𝗣𝗜𝗡𝗘
- Mac 25, 2025
Pada 25 Mac 2025, Institut Integriti Malaysia (IIM) mengadakan Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan bagi Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sebagai agensi yang memperoleh pensijilan ABMS MS ISO 37001:2016 sejak 2017, JPJ terus komited memperkukuh integriti dengan menyertai projek perintis SPINE. Inisiatif ini bertujuan membangunkan sistem pengurusan yang lebih efektif dan tersusun dalam sektor awam, selari dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) dan aspirasi negara untuk meningkatkan kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033.
Sesi ini menilai penilaian kendiri JPJ dan keberkesanan sistem SPINE sebelum pelancarannya di peringkat nasional. Maklum balas yang diperoleh akan digunakan untuk penambahbaikan sistem.
Delegasi IIM diwakili oleh Muhammad Khairul Azmir Mohd Paiz dan Nur Atia Shahirah Mustapha selaku konsultan, serta Nabil Eiman Azman dan Nur Imran Mohd Shaili sebagai pemerhati.