๐ฃ๐ฆ๐จ๐๐ก๐ฆ ๐ฃ๐ฒ๐น๐ผ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ฎ๐ฑ๐ฏ๐ถ๐ฟ ๐จ๐ฟ๐๐ ๐ ๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐ฆ๐ฃ๐๐ก๐
- Jun 04, 2025
Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Bengkel Training of Trainers (ToT) Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) pada 7 Ogos 2025 yang melibatkan penyertaan pegawai-pegawai IIM. Bengkel ini telah memberi pendedahan mendalam mengenai konsep, struktur, objektif, serta rasional pelaksanaan SPINE sebagai alternatif praktikal, kos efektif dan fleksibel kepada Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS), di samping memantapkan kefahaman dalaman sebelum ia diperluas kepada agensi luar.
Bengkel ini bertujuan melatih pegawai IIM untuk berperanan sebagai penilai bertauliah SPINE, merangkumi kemahiran melaksanakan penilaian keberkesanan, semakan dokumen, pengesahan kendiri, pengenalpastian jurang, dan penyediaan cadangan modul rawatan yang bersesuaian. Pendekatan ini membolehkan intervensi difokuskan kepada bahagian yang benar-benar โsakitโ atau kritikal, sekali gus mengoptimumkan penggunaan sumber, masa, dan kepakaran IIM dalam membimbing organisasi lain kelak.
SPINE turut diselaraskan dengan dasar dan polisi utama negara seperti NACS, MyGovernance, ARPA, dan aspirasi Malaysia MADANI, di samping menyokong obligasi antarabangsa seperti UNCAC. Segala dapatan yang dikumpulkan daripada sesi ini akan dimanfaatkan untuk penambahbaikan sistem secara menyeluruh sebelum SPINE diperluas ke peringkat nasional. IIM yakin, penerapan SPINE secara strategik akan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, mengukuhkan reputasi negara, dan menyumbang kepada matlamat Malaysia untuk berada dalam kelompok 25 negara teratas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang 2033.